Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan dengan jelas bahawa dirinya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara ke arah menganugerahkan projek tebatan banjir.<br /><br />Katanya, kelulusan projek selepas Parlimen dibubarkan memang tidak boleh dilakukan kerana ia bakal menjadi tanggungan untuk kerajaan baharu yang bakal mentadbir selepas PRU-15.